Jalan2 ke miri sarawak (copy dri blognya kwn)
Sebenar dah lama saya mo buat post ini…
tapi macam tidak ada mood nak tulis…jadi hari ini saya nak kongsila sikit-sikit tentang tempat-tempat menarik di Miri ini..
walaupun dah ramai kongsi tempat-tempat menarik di Miri ini saya nak jugak kongsi dengan anda-anda semua…
sebab saya nak hilangkan bosan saya…bosan konon padahal keja berlambak nak buat..keja-keja memang tidak pernah berhenti selagi nyawa dikandung badan..
Jangan mengeluh kerana KERJA ITU IBADAT..kalau tak kerja tak ada duit, tak ada duit tak bestla nak berjalan-jalankan...
Saya ini bekerja di Brunei
Di Brunei rasanya dah macam tak ada tempat dah nak hilangkan bosan…
Jadi kalau nak hilangkan bosan kat mirila tempat kami merendek mencari hiburan….
Ok jangan baca yang membebel tu. Terus jela ke tempat-tempat menarik di miri ni…
Kalau ke Miri saya dan kawan-kawan selalunya akan menginap di PARKCITY EVERLY HOTEL, Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai 98000,Miri Sarawak MALAYSIA Tel: (60)85 440 288 Fax: (60)85 419 999.
Selesa ada 2 bilik king dan harga tidak mahal sangat lebih kurang purata 160 macam tu je…
selalunya kita orang pergi beramai2 duduk dalam satu bilik…
ada kolam renang..
tapi kalau budget kurang banyak lagi hotel murah serendah RM 40 dan keatas..
Ok seterusnya jom kita ke tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati…
Gua Niah
Taman Awam Miri
Mesti datang kalau ke Miri…
ada titi gantung…
ada taman permainan kanak-kanak…tengok pemandangan…
selalunya ramai yang datang taman awam miri ni sebab bawa anak-anak main air kat taman…
Luak Bay (Esplanade)
Pantai ini jauh sikitla dari Bandar Miri…
Kalau memandu dari Bintulu akan lalu tempat ni dulu..
lebih kurang dalam 7km camtu jela dari Bandar Miri..
Berdekatan dengan Intitusi Perguruan Miri kalau tidak silap ingatan saya kikiki…
jom tengok gambar-gambar model saya di Luak Bay ni..
City fan Miri
Tempat ini terletak di Perpustakaan Awam Miri..
kenapa ia dipanggil “City Fan Miri” kerana taman ni lanskapnya berbentuk kipas…
maila ke sini luaskan pemandangan.
Seterusnya ini saya namakan ia tiga serangkai..
sebab tempat2 ini adalah 3 dalam 1..
pegi salah satu tempat ini mesti pergi tiga2 sekali..
Kenapa saya panggil 3 serangkai sebab ketiga2 tempat ini berada di Kanada Hill
Kanada Hill
Di Kanada Hill anda akan menikmati seluruh Bandar miri dari atas bukit…
The grand old lady
Telaga minyak yang pertama di Malaysia.
Kenangilah kesan ttinggalannya
Muzium Petrolium Miri dan DinoTrek2
Miri kraf
Akhirnya kalau nak beli cenderamata anda boleh ke Miri kraf berdekatan dengan Bintang Mall
menjual pelbagai jenis cenderahati..
saya pun kalau ke Miri mesti pergi ke sini..
kalau tak nak beli cuci mata je hehehe
Taman Buaya Miri
update info kiki baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Taman Buaya Miri (MIRI CROCODILE FARM).
Nak g taman buaya ni senang je. Korang ikut jalan nak ke pujut dari bulatan Boulevard tu terus je sampai nampak singbord nak ke MIRI CROCODILE FARM senangkan.
Masuk bayar RM 18 untuk dewasa kanak den terlupo la pulak mungkin RM 10.
Tempat ni boleh la tahan buaya besar-besar dan dia ada mini zoo juga.
Nak cakap best xbest sangat nak cakap xbest pun boleh tahanla.
Bawak anak-anak mungkin best kot. so tgk jela den ngan kengkawan ni..
Borneo Rainforest
Updated juga..
saya telah menjelajahi Borneo Rainforest.
Kalau nak ke sini kena ikut jalan lama nak ke miri atau bintulu
Ada apa kat tempat ni..hutanla (back to nature)
Disini dia ada macam2 aktiviti hutan yang anda boleh buat..
contohnya kayak, jungle trekking, pusing-pusing sungai guna bot, waterpark pastu aktiviti outdoor yang lain berkaitan dengan hutan.
Tempat ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan..
best tau tempatnya.
Disebabkan kesuntukan masa kami hanya singgah untuk main air.
Jadi kami ambil pakej waterpark je dengan harga RM 35.
Ada macam-macam pakej korang boleh lawati laman web ni untuk maklumat
Air Terjun Lambir (Lambir Hills national Park)
Gua Mulu
Ini jauh sikitla dari Bandar miri.
U all kena naik kapal terbang kecik sebelum sampai ke Gua Mulu ini ye..
Tapi kalau nak pergi..
boleh pergi under pakej...
Kawan-kawan saya bagitau tempatnya best..
kalau nak ke sini lama2 duk Miri ok..
Brunei, RAJ
+673 7269657
Ulasan
Catat Ulasan